Bonus Raya 2017 : Berita terkini Saguhati Duit Raya RM500 1.6 Juta Kakitangan Awam Gred 54 dan ke Bawah. Tahniah
Tahniah diucapkan kepada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.
Sebelum ini
Cuepacs Malaysia telah tampil mendesak kerajaan pimpinan Najib razak supaya mengumumkan pembayaran saguhati RM1,000 bagi persediaan kakitangan awam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada masa yang sama tersebar berita palsu kononnya bonus setengah bulan gaji di Whatsapp dan Facebook.
Satu perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak.
Pada tahun 2016, kerajaan Malaysia dengan berbesar hatinya memberikan kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam di Malaysia melalui pengumuman Datuk Seri Najib iaitu bonus raya saguhati RM500 setiap seorang kepada penjawat awam di Malaysia.
Manakala golongan pesara akan menikmati bonus raya saguhati sejumlah RM250 setiap seorang bagi mengurangkan beban kewangan menjelang sambutan Hari Raya Puasa kelak. Bagaimana pula untuk tahun ini? Masih jadi teka teki?
Jumlah Pembayaran Bonus Raya 2017?
- 1.6 juta penjawat awam : Bantuan Rm500
- Pesara kerajaan :RM250
- Tarikh bayaran : 9 Jun 2017
Tahun | Tuntutan Cuepacs | Jumlah Rasmi Bonus Raya |
2017 | RM1;000 | Saguhati RM500 |
2016 | Sebulan gaji | Saguhati RM500 |
2015 | - | RM500 (maksimum gred 54) |
2014 | - | RM500 (maksimum gred 54) |
2013 | - | RM500 (maksimum gred 54) |
2012 | - | bonus setengah bulan gaji |
2011 | - | bonus setengah bulan gaji |
Semoga, dengan bayaran duit raya itu nanti oleh kerajaan Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi persiapan menghadapi Hari Raya Aidilfitri kelak. Insyaallah.
P/S : Untuk siri berita terkini bonus raya 2017 penjawat awam dan tarikh bayaran akan dikemaskinikan tidak lama lagi. Nantikan. Semoga bayaran tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.